Monday, 20 January 2014

FAHAMILAH REMAJA

 
Apa yang korang faham tentang remaja?  Asal sebut remaja ja rempit, asal sebut remaja ja ada orang mengandung?  Macam tu?  REMAJA adalah peringkat  usia yang amat sensitif berbanding dengan peringkat usia yang lain. Dalam mengharungi alam remaja mental dan fizikal mestilah kuat dan tidak boleh bersangka negatif. Pada usia ini lah ramai anak muda rosak akibat daripada termakan ajakan kawan,  perasaan ingin tahu yang kuat membawa diri kepada lembah sosial.
Sesetengah ibu bapa bertanggapan bahawa mereka perlu mengambil tindakan tegas untuk anak anak remaja. Tetapi cara tegas mereka akan membuatkan anak membenci ibu mereka sendiri. Kenapa sayakatakan yang anak remaja adalah sensitif?  Ini kerana pada usia ini anak anak mengalami banyak tekananterutama tekanan perasaan. Salah satu nya berpunca daripada percintaan. Sebagai ibu bapa mereka harus memantau bukannya mengurung. Akibat mengurung itu terjadilah anak lari dari rumah, anak mengandung sebelum kahwin, anak gantung diri dalam bilik.
Sebenarnya ibu bapa tidak wajar menunding jari kerah guru. Tugas mendidik anak ialah di atas ibu bapa bukannya guru. Memberikan pendidikan agama sejak dari usia rebung dapat membentuk seorang remaja yang pandai membezakan antara yang baik dan buruk. Cuba bayangkan anak imam sekalipun ada juga yang mengandung sebelum bernikah.  Ibu bapa patut mendekati anak remaja. Ibu bapa perlu ubah daripada menjadi ibu bapa yang garang kepada sahabat baik anak renaja. Kerana disaat anak suka dan duka dia memerlukan seseorang untuk diluahkan. Apabila ibu bapa sibuk dan ada sesetengah ibu bapa yang tak suka bersembang dengan anak anak maka anak anak mula menjalinkan hubungan dengan orang lain. Terutamanya bagi BAPA.  Sebagai bapa adalah perlu untuk mendekati anak lelaki.  Kebanyakkan anak lelaki suka berahsia. Kerana mereka malu untuk bercerita kepada  ibu mereka. Jadi ibu bapa harus menjadi bestfriend kepada anak remaja.
Tekanan yang diberikan seperti tidak mengizinkan anak anak keluar rumah adalah paling bahaya. Melalui tekanan ini anak anak akan merancang untuk melarikan diri dari rumah terutamanya anak perempuan yang melarikan diri dengan teman lelaki mereka. Lebih lebih lagi ada ibu bapa yang tidak membenarkan anak anak mempunyai telefon pintar ataupun "smartphone" anak akan rasa terkongkong kerana semua sahabat mereka mempunyai smartphone.  Dan ibu bapa juga tidak harus mengiakan semua permintaan anak anak.  Ibu bapa perlu pertimbangkan.
Ibu bapa yang kedekut juga dapat menyumbang tekanan kepada anak anak.Setakat nak bershopping tu apa salahnya. Jangan kedekut duit nanti kerana duit anak anak tergadai.  Bagi ibu bapa yang memberi pendekatan agama yang cukup kepada anak anak insyaallah perkara buruk tidak akan berlaku kerana mereka akan menurut kata hati. Dan mereka tahu perkara itu adalah dosa. Saya harap entry ni dapat digunakan sebaiknya oleh ibu bapa yang mempunyaianak yang bakal memasuki alam remaja. Bagi ibu bapa yang sudah terlanjur melakukan perkara perkara hdi atas anda boleh berubah menjadi sahabat anak anda. Kerana di usia remaja anak anak perlu perhatian jadi berikanlah perhatian anda. Sanggupkah seorang ibu mahupun seorang bapa kehilangan anak yang dibela dari kecil hingga  ke besar .. Fikir lah anak itu kurniaan Allah jadi jagalah mereka sebaiknya. Dan ingat istilah "ibu bapa derhaka" juga wujud.

No comments:

Post a Comment